Saturday, July 7, 2012

Saya Sayang ABAH saya

Ku jabat mesra tangan abah,
Urat-urat daging-daging tua keras terasa,
mataku tersenyum,matanya menyapa,
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya mata yang menatapku,
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi,
garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram,
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah,
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri,
bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang,
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang disisi abahnya maka akulah,
merasakan kepedihan yang tercermin di mata,
meski kain pelikatnya bersih dalam kesegaran wuduk,
dan ia tidak pernah merasa sebab derita itu adalah dia.

"sekoLahku syurgaku"


Assalamualaikum..hah,hari ini aku terajin nk membebel kt sini..asyik wat entry madah pujangga je so apa salahnya skali skala kite gosip2 plak..huhu..orait meh story mory..pic kt atas ni nampak kan? hah itu lah sebahagian kehidupan aku kt pasir gudang..mereka semua rakan seperjuangan aku..susah senang jatuh bangun kami akan setlekan bersama.cewah! hahaha.btw,SEKOLAH AGAMA KG PASIR PUTIH..itulah tempat aku mendidik anak bangsa..akulah salah seorang guru yg bertanggungjawab menyampaikan agama Allah pada anak2 disana..berat nk pikul amanah tu..tapi aku akan buat yg terbaik untuk mereka.itu janji aku!
ok meh aku kenalkan insan2 diatas..yg duduk dari kiri tu zhafri..dia ialah pembantu tadbir sekolah kami..banyak jasa dia.rasanya klu dia x ada memang kelam kabut la kami cikgu2 ni.huhu.sebelah dia plak itulah big boss kami..guru besar sakpp..ustaz roslin bin abdul rahman..honestly,dia lah guru besar paling sporting dan simple yg pernah aku jumpa..walaupun aku ni too young utk berkawan dgn dye tp dye wat aku mcm member2 dye..sgt berharap dye kekal kt sakpp utk 10-15 tahun lagi.amin.hihihi.ok perempuan yg duduk tengah2 tu ustazah norsham..dye gpk 1 sakpp..sepanjang yg aku kenal dia jgk mcm ustaz roslin..simple dan agak kepoyoan.hahaha.kepoyoan sbb dye kelakar.kadang2 kerenah ustazah norsham ni diluar jangkaan.ada je perkara yg wat kami rase nk gelak..mungkin sbb dia paling berumur di kalangan kami semua..so dia perlu jadi org muda utk layan kepala kami.hahaha.ok enough for story kak sham..nmpk tak lelaki kacak,comey dan tampan di sebelah ustazah norsham? hahaha itu lah ustaz Mohd Lukman Nul Hakim.tiada cerita utk dia.sekian terima kasih.hahaha.ok sebelah aku tu ustaz mohamad.dia kawan aku kt sekolah.klu dye tak ada mungkin hari2 aku kt sek tu akan jadi bosan sbb tak ada kawan nk ajak gaduh..hehee.sabonya ustaz mohamad,gaduh tu harus! hoho.ok guru2 perempuan kt belakang tu dari kiri ustazah rosnah,ustazah suhaila,ustazah zarina,ustazah zulaiha,ustazah maryam,ustazah hafizah,ustazah paridah,ustazah azliza dan akhir sekali belah kanan ustazah anita..tiada story utk mereka sbb klu aku cerita 3hari 3malam pun x abis..hahaha..dah kenalkan mereka semua? ok itulah sedikit coretan yang dapat aku kongsikan utk korang semua..walaupun korang tak tanya,at least aku nk cerita..blog aku,aku punye suke lah.jgn nk jd stalker ok! hahaha.ok la akhir kalam doakan perjuangan sy ni diberkati allah.jihad aku utk bangsa,agama dan negara.Ukhwahfillah Abadan Abada :-)

Sunday, July 1, 2012

SekiLas dari Lubuk hati paLing daLam


Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini 
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah...
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya Allah,
Tak perlu biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta palsu...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah...leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu ya ALLAH yang kuharap, kerana cinta pada-Mu sampai ke syurga..