Monday, November 8, 2010

CinTaiLah iLahi

Rasa cinta

adalah satu anugerah TUHAN

pada hambanya..

kerananya..

manusia sanggup apa saja

asalkn dia memiliki apa yg

dicita..

kerna cinta..

sanggup korban apa saja..harta dan nyawa..

setiap detik

hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

ingin bersama sepanjang masa..

TETAPI..pastikah cintamu dihargai mungkinkah si dia kan tetap setia..

setelah kau serahkan jiwa dan ragamu..

mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan..

jika engkau mencintai BUNGA..

sedarlah engkau bunga itu akan layu..

jika engkau cintakan MANUSIA..

sedarlah suatu hari dia akn pergi..

jika engkau mencintai HARTA

harta itu nanti kau akan tinggalkan..

jika ENGkau cintakan iLAHI..

HANYA DIA YG AKAN KEKAL ABADI..

CINTAILAH ILAHI..

CINTAILAH ILAHI..

CINTAILAH ILAHI..

Tuesday, November 2, 2010

knk2 riang yg comey!


hype! yes bermula la cuti sem ku selame sebulan..mase yg aku nnti2kn slame ni..ingt sng nk dpt cuti bile da dewasa ni.cewah mcm da bkuarge la plak.huhu.so holiday ni byk mase ku dhabiskn dgn mternak lemak kt umah.wakaka.peh mmg rase bhgie gile.dunie ini aku yg punya! ok dipendekkn cerita..nape tetibe aku letak gambo bdk kecik kt ats ni.milik siapakah? hah itu yg kite x taw.cmni citenye,satu hari 2,tetibe plak aku merajinkn diri nk kemas bilik.itupun setelah kene mbebel 24jam sbb bilik mcm kapal pecah.biase la idup bujang.hahaha.so kemasnye kemas terjumpe la gambo ni dlm 1file yg aku rase mcm kenal sgt je bdk ni.pk punye pk..aku gelak guling2 atas katil.sebenarnye penat,2 yg baring jap.hehee.setelah mengamati puas2 lantas aku terus mendapatkn printer untuk scan gambo ni.comelkn bdk itu? eh aku x bgtau lg ea sape dye ni.hahaha.orait2,bdk comey ni name dye MOHD LUKMAN NUL HAKIM BIN HARUN.hah da bley terbayang da pemilik name ni.huhu.aku la 2.poyo jew.wekk.ni tyme aku umo 6tahun.yup tadika la 2.rmi org kate aku dulu kecik2 pelat.sampai aku lapar pun kakak kate aku sebut apai.hahaha.lantak la jnji aku hepy.itu dulu ok not right now.skrg umo aku already 21years.huh skjp je mase blalukn.wow maknenye hampir 15tahun jgk la gambo ni tersimpan.well aku mmg seorang yg pndi mhargai barang.hoho.erm,aku nk bgtau sume,aku sgt x suke khidupan skrg.aku lbh bhgie klu jd knk2 riang.tp ape bley buat life must go on.jd org dwase ni sgt complicated.tiap2 hr de je masalah.plus dgn komitmen lg.study,study,study.huh! cinte? ah xyah ckp la.itu 1 lg perkra yg wat kusut otak je.yup aku sgt rindukn zaman aku jd knk2 riang mcm bdk dlm gambo atas 2.ok la penat nk type da,sape2 yg pernah mengenali bdk ni comment la.aku x taw mane kwn2 aku mhilang.utk org yg aku syg,sweet x sy? hikhikhik

p/s : thankz a lot 2 abah n mak sbb didik sy smpi jd manusie skrg! =)
       yg xbley trime aku puji bdk ni comey,de aku kesah! =p

Monday, August 9, 2010

nukilan terindah

duhai sahabat..
cinta itu di dalam hati..
kita mempunyai sebuah rumah..
rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu..
ada yang baik dan ada yang buruk..
terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan..
kita hiaskan dengan perabot ketakwaan..
diwarnai indah dengan warna-warna keimanan..
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ilmu pengetahuan..
tetamu yang baik hadir menambah perabot rumahmu..wahai kawanku..
dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ilmu..

dan ketahuilah duhai sahabatku..
tetamu burukmu hanyalah ingin mencuri perabotmu..
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu..
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan..
suatu hari,bayu lembut menyapa telingamu..
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama cinta ingin bertandang ke rumahmu..
dan berhajat tinggal di dalam kamar hatimu..

kau gembira mendengarkannya..
maka tatkala sang cinta sampai di hadapan pintu rumahmu..
apa yang kau akan lakukan?
menerimanya sedangkan rumahmu bersepah tak terurus..
dengan perabot takwa yang reput dan sudah lapuk tak diganti..
dan warna-warna iman yang luntur tak diperbaharui..
dan hiasan kelengkapan ilmu yang masih belum mencukupi..
sekalipun hatimu berat..

pintalah sang cinta itu pulang..
beritahulah kepadanya..
maafkan aku..
aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku..
kerana..
aku ingin menggantikan perabot takwaku kerana ia sudah reput tak bermaya..
agar takwa ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai penciptaku yang maha pengasih..

dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku..
kerana aku ingin memperbaharui warna iman pada dinding rumah (hati) ku..
agar hilanglah gelisahmu..
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang..
warna-warna iman yang indah berseri..
terang dan menerangi..
kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ilmu dalam rumahku..
agar kau selesa baring atas hamparan permaidani hartaku..
dan kau selesa dengan tutur bicara hikmahku..

kau tahu wahai cinta..
kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamuku..
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA..

duhai sahabat..
sungguh cinta itu indah..
namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia
tetapi bagi pelajar macam kita..
cinta itu biasanya hanyalah musibah..

cintailah ALLAH..
yang sentiasa mencintaimu..
memeliharamu dan mengasihimu..
saat mereka bertanya..
mengapa kau mencintai allah?

katakanlah wahai temanku..
kerana ALLAH lah yang menciptakan ku..
memeliharaku dalam rahim bondaku..
kerana aku mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku..
kerana DIA yang menumbuhkan dagingku..
dan mengukuhkan tulangku..
dan sentiasa memaafkan segala salah silapku..
tutur bicara mulutku..

bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melebihi ALLAH..
aku tak menemui alasan untuk mengingkariNYA..
hidup dan matiku..
segalanya untukNYA..